like : )

Tutorial letak SCM music player di blog


Mula-mula klik sini Link 
pastu customize korang punya warna scm bar korang :.


Lepas tu edit playlist pulak :



Nak dapatkan URL lagu pergi kat youtube and copy URL macam kat bawah  :


amek code tu paste kat sini :


dah siap pergi kat configure setting then tekan done : 


lepas tu korang akan dapat code macam ni , copy code nii :



1. log in > Dashboard > Add Gadjet > Html javascript
2.Paste semua code
3.Then save 

DAH SIAP ! SELAMAT MENCUBA .



saya suka menaip ..^_^

kisah ahmad ammar :)




Ahmad ammar ni ex-student SAMBEST. Then beliau sambung pengajian dimaktab ketenteraan. Beliau pelajar terbaik SPM.


Ayah serta bondanya mahu menghantar beliau ke turki memandangkan minat ahmad ammar terhadap bidang dawlah uthmaniyyah

You know what dawlah uthmaniyyah ni bidang tak banyak orang belajar tau. Tapi ahmad ammar ni giat mengorak langkahnya utk ke turki.

Belajar punya belajar. Gi sana sini menyampaikan apa yang tidak tahu sampailah tahun kedua beliau dalam pengajiannya di istanbul turki.

Dalam perjalanan beliau, beliau melintas jalan. Ketika menyeberangi jalan ahmad ammar dilanggar sebuah ambulan.

Kemudian meninggal di tempat kejadian. Sampaikan mayatnya disolatkan oleh seorang ulama' tersohor di turki.

Sblm mayatnya dikapankan, dahi dia berpeluh. Bukankah Rasulullah mengatakan bhwa itu sifat kematian seorang mempunyai pengakhiran yg baik?

Sblm mayatnya dikapankan, dahi dia berpeluh. Bukankah Rasulullah mengatakan bhwa itu sifat kematian seorang mempunyai pengakhiran yg baik?

Selepas disolatkan, imam menyatakan khutbah yg didalamnya berbunyi : "bertuahlah si ahmad ammar ini kematiannya di awal muharram...

Beliau dikuburkan berdekatan dengan makam abu ayub al-ansari iaitu seorang syuhada' pada zaman nabi.

Keistimewaan anak muda bernama Ammar ini, dapat dilihat selepas dia pergi. Antaranya, allahyarham disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn.

Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’,panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.

Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini.

Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

Subhanallah...berebut orang ramai untuk menjadi sebahagian orang yang mengunsung keranda allahyarham.....

Sedangkan Ammar, hanyalah salah seorang penuntut dari Malaysia yang berada di sana.

Bagaimanapun satu yang pasti, Ammar sememangnya pernah meluahkan hasrat keinginan mati syahid.

Semoga Allah memberkati kematiannya. Dan ditempatkan bersama sama para syuhada' yang lain. Berpimpingan tangan menuju Syurga





note : Semoga perjuangan dan coretan hidupnya akan membakar semangat jihad anak muda yang ada . InsyaAllah :)


 credit to : Link

saya suka menaip ..^_^

mengapa wanita mudah menangis ?


hati perempuan memang lembut . seorang perempuan juga terlalu mudah mengalirkan air mata . Lebih kurang macam tuan punya blog ni :D Nampak je kuat tapi terlalu mudah untuk menangis jika ada masalah . and jarang jugak nak share dengan sesiapa . lebih suka selesaikan masalah sendiri . :)


Jawapan kepada mengapa wanita mudah menangis :

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”
Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”
“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti”
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”
“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.
“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?”
Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:
“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.
“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?
“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.

credit to  : link


saya suka menaip ..^_^

Ingatlah Allah s.w.t


Manusia sekarang mudah lupaa diri . sebab apa ? Terlalu pentingkan duniawi . Allahuakbar . Ingatlah jangan terlalu mengejar kesempurnaan kerana kesempurnaan itu hanya Allah s.w.t . Kita sebagai manusia harus ingat walau di mana kita berada tak semestinya kita akan berada di atas . Bersihkan hati . Jangan kita terlalu mudah untuk lupa diri . 

Jangan fikir kita sudah cukup baik kerana manusia tidak lepas daripada melakukan kesilapan . Taatlah kepada perintah Allah s.w.t . Jauhilah segala laranganNya . Jangan kita terlalu ikutkan perasaan . jangan kita terpedaya dengan bisikan syaitan yang menyesatkan . Yang paling penting niat kita nak buat sesuatu perkara mesti betul .  sesungguhnya Allah mengetahui segalanya . Kita telah sampai ke penghujungnya . Berdoalah sentiasa , sentiasa ingat kepada Allah s.w.t dan banyakkan berzikir . InsyaAllah :)


saya suka menaip ..^_^

cara mengatasi masalah :)


Pernah bergaduh ? bukan bertumbuk mcm WWE tuu . Tapi  bila ada je salah faham buat kita dengan orang tu perang gaduh  . Kalau pernah jangan biarkan terus menerus bergaduh . walaupun kita tak salah , tapi kita pun tak salah jugak untuk mengalah kan . tak kan nak dua dua keras kepala . tak boleh macam tuu . sampai bebile masalah tu tak kan selesai . Jadilah orang yang berfikiran positif and sentiasa terbuka hati untuk memaafkan orang dalam apa je situasi . tak semestinya kita tak salah kita kena jadi keras kepala . kita tetap nak mempertahankan yang kita tak salah . sampai bila ? Kalau kita mengalah , sikit pun tak rugi . memang lah rasa sakit hati tu ada . biarlah sakit sekejap , jangan sakit untuk selamanya kan . kadang-kadang daripada kawan terus musuh . Sebab ? haa ,sebab dari tak nak mengalah tuu laaa . bila kita jadi orang yang berfikiran positif  memaafkan orang lain . InsyaAllah melatih kita untuk menjadi insan yang penyabar . sentiasa tenang and takdelahh banyakk masalah . Especially , budak sekolah and orang yang nak meningkat dewasa  ada je masalah setiap hari . Benda mcm ni mesti akan jadi :) k pengajaran : belajarlah untuk mengalah :D




saya suka menaip ..^_^

 
HAK CIPTA TERPELIHARA 2013. edit by : zira